Wednesday 5 June 2013

Walk With Me 2013

salam.

Tarikh baru program Walk With Me yang ditangguhkan kerana PRU13 pada Mei lepas telah diumumkan iaitu pada 13-15 Jun 2013 (hari Khamis hingga Sabtu).  Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan juga gerai jualan.  Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama Tuanku Sultan Kelantan yang amat dikasihi seluruh rakyat Kelantan.

Aktiviti di karnival seperti pameran industri asas tani dan pasar tani mega dengan kerjasama FAMA, persembahan kebudayaan, pertunjukan kereta dan tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ceramah perdana.




Menurut Bendahari Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Faisal, walkathon 2013 melibatkan penyertaan rakyat pelbagai lapisan termasuk penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan.

Sultan Muhammad V akan mengetuai walkathon sejauh tujuh kilometer bermula dari Stadium Sultan Muhammad IV bersama lebih 24,000 orang dari seluruh negeri yang telah mendaftar untuk menyertai walkathon itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat. Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dijangka menutup karnival ini.

Walkathon yang akan berakhir di tempat yang sama akan melibatkan penutupan beberapa jalan iaitu jalan di belakang stadium, Jalan Bayam, Jalan Mahmood, Jalan Temenggong; Jalan Padang Garong dan Jalan Hospital.

Sebarang sumbangan yang diberikan untuk karnival itu diberi pelepasan cukai pendapatan dan pertubuhan itu akan mengagihkan sumbangan itu kepada badan-badan kebajikan. Beliau berkata, setiap peserta dewasa dikenakan bayaran RM30, manakala mereka yang berumur bawah 18 tahun, RM25.


No comments:

Post a Comment