Sunday 16 June 2013

Ketupat Sotong

salam.

pinjam gambo dari blog duniacikguwan
sedap plak nampak ketupat sotong ni padahal saya tak suka makan !! emmm camne tu ekkk tetiba mengidam nak makan ketupat sotong nih, nak jugalah belajar buat nanti, simple je resipinya.  


Bahan-bahan :

Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka(kampung punya)
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih


Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat.

Resipi diambil dari blog DapurKakYah, terima kasih kak yah.

tips tambahan dari blog DuniaCikguWan plak :

1. atur sotong diatas daun pandan untuk direbus.

2. Masak dan bila santan jadi separuh baru masukkan gula melaka.


No comments:

Post a Comment