Tuesday, 11 June 2013

Hijau Mengadun Dengan Pink

salam.

Musim cuti sekolah dah berlalu, seperti biasa banyak majlis kenduri yang dihadiri dengan pelbagai tema.  Saya tertarik dengan tema yang dipilih oleh keluarga pengantin yang mengadakan majlis pada 1 Jun 2013, tema warnanya hijau dan pink.  Yang menjadikannya lagi comel bila warna hijau pucuk pisang dan pink lembut bergabung mengadun .... sweet sangat.

Pelbagai hiasan dan pakaian diadunkan dengan dua warna ini menwujudkan satu combinasi yang sangat harmoni.  Dari pakaian pengantin perempuan yang bewarna pink garang ke pakaian pengapit bewarna hijau pucuk pisang lembut diolah bermasa kumtuman bunga pink.  Diserikan lagi dengan tudung pelbagai warna dan gaya memukau mata tetamu yang hadir.


Korang tengoklah gambar-gambarnya yang boleh jadikan rujukan untuk korang pulak nannnnti atau mungkin boleh membuahkan idea yang lagi bernas dan sweetttt sebagai kenangan seumur hidup.



Di sudut gazebo diletakkan tirai dan dihiasi gambar-gambar serta tagging seperti HEY HENSEM, SI CANTEK dan sebagainya.  Ramai yang ambil kesempatang bergambar di gazebo dengan memegang tagging-tagging yang diletakkan di situ.



Di satu ruang lagi diletakkan meja untuk menulis dalam buku tetamu, so cute catatan perkahwinan untuk pengantin baru.




Meja tulis di hiasi dengan gula-gula, marsmallow, coklat, apam pokodot, cookiessss dan pelbagai pensel warna !!!  So boleh la mencoret buku tetamu sambil mengunyah mashmallowww.

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHGIA
KE AKHIR HAYAT
DAN
SENTIASA DALAM
RAHMAT ALLAH




No comments:

Post a Comment