salam.
semasa jumpa resipi kak fida pasal steambot, banyak komen minta sos ala johnys, so terjumpa plak blog Belog emak-emak yang ada SOS ala Jonhny, eeemm pastekan untuk rujukan.
Terima kasih kepada dua-dua tuan punya resepi.
SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS ;
* ini penyedap dalam stimbot ni..kalau sos failed... hancus la semuanya..tapi ni resepi hasil google kemudian mumy olah balik ikut suka hati dan naluri...
BAHAN :
8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mumy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia...
Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan.. muehehe
CARA :
Kisar lada bersama bawang putih..
Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram..
Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) .
Perasakan dengan garam n gula...kalau rasa dah okey..masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar ..letak sikit je 2 bahan ni..coz nanti masa hidang nak makan baru letak lagi dalam mangkuk sos tu..
** cuba membayangkan aku memasak kat dapur yang comel cenggitu, rasa-rasa tahap kerajinan memasak aku akan naik 500%. Tiap-tiap hari menghabiskan masa dengan MELEPAK bersama periuk belangga dan set pingan mangkuk yang comel macam set dari blog Mat Gebu. Kat dapur ni juga akan ada susuk tubuh aku yang sure montok abis !!!!
No comments:
Post a Comment