salam.
Pada 31 Mei 2013 sempat meluangkan masa bawa anak-anak ke tapak Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 di Pantai Geting, Tumpat Kelantan.
Kami bertolak dari rumah selepas solat asar dan tiba di Pantai Geting agak lewat disebabkan kesesakan jalanraya bermula dari persimpangan masuk ke Pantai Geting.
Dari dalam kereta dah nampak sayup-sayup layang-layang memenuhi dada langit, bewarna-warni. Anak-anak dah tak sabar nak turun dari kereta, jadi kami ambil keputusan parking agak jauh dari tapak pesta dan berjalan menuju ke sana (sambil kepada mendongak ke atas).
Sempat juga snap sekeping dua gambar layang-layang tapi bila tengok balik kecik sangat, tak jelas rupo lelayangnya hehehehe.
Bila sampai di kawasan tapak apalagi kepala asik mendongak ke atas sambil kaki tak henti melangkah !!!
Ada pelbagai bentuk dan saiz, cantik sangat. Antara yang feveret adalah ikan Koi, naga betina yang comel, ikan paus, dua ekor buaya, teddy bear, tak lupa juga penguin dan ikan pari ... fuhhh tak terkira.
No comments:
Post a Comment