Tuesday, 1 January 2013

Daging Singgang

salam.

Bahan-bahan A :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
(semua bahan di atas dimayang - rujuk gambar ya)

Bahan B :
300 gm daging (dipotong kecil)
1 1/2 liter air
3 keping asam gelugur (guna yang dah kering)
2 sudu besar budu
Garam secukup rasa.

(bahan C - tambahan jika nak lagi perasa) :
1 sudu teh rempah ratus
4 biji cili kering
(tumbuk bersama)


Cara-cara :

1.  Masukkan daging, air dan bahan A ke dalam periuk dan masak hingga daging empuk.
2.  Masukkan asam gelugur dan budu.
3.  Masukkan bahan C jika nak pedas dan berempah.
4.  Masukkan garam.
5.  Bila dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment