salam.
Dah beberapa hari tak mengUPDATE blog, duk main buka tutup ...buka tutup je. Tetiba je petang ni terasa nak menulis. Tang idea apa nak tulis tu takat ni memang tak de. Just tulis apa yang terpikir je.
Malam tadi ke airport Pengkalan Chepa menghantar adik balik ke Subang. Angkut anak-anak sekali. Sesampai je si abang dah teruja tengok troli - direnungnya tak berkelip macam kagum sangat tengok benda tu, apatah lagi bila ada plak orang lain yang naik troli. Bila di offer "abang nak naik", sengih nye memanjang dan terus panjat troli Mak Lang yang dah kosong lepas check in. Senyum sehingga sampai ke ruangan pelepasan masuk.
Sempat juga singgah kat kedai di sebelah ruangan pelepasan. Melayang RM30.00 kat situ bila dah ada suara halus berkata "mainan abang" sambil tangan montel mengambil mainan dan terus melekat kat tangan, tak lepas-lepas. Dah siap shopping, baru hantar masuk ke pelepasan.
Selepas Mak Lang dah masuk dalam, on the way ke parking kereta, sekali lagi ajak si abang naik troli. Suka sangat dia bila kami tolak sampai ke kereta.
Sepanjang on the way balik, si adik asik merengek maklumlah dah time tidur, baru suku perjalanan si abang dah lena. Si adik kejab main, kejab menyusu, kejab merengek hingga sampai rumah. Dah sampai rumah, masih lagi bermain sorang-sorang hampir sejam juga le baru si adik terasa ngatuk n terus lena.
Gitu le kisah anak-anak melawat airport. dah lama tak meronda waktu malam, cantik juga pemandangan sekitar Pengkalan Chepa di malam hari. Banyak kedai-kedai makan dan restoran yang agak besar dan femes di sepanjang jalan Kota Bharu -Pangkalan Chepa. Antara yang femes Satay Malaysia, Satay Baung, Food Village, D'Mina, pelbagai restoran masakan panas ala Thai, Western dsb. Pasaraya dan mini market juga banyak dan masih ligat beroperasi. Pendek kata, kalu korang datang ke area Pangkalan Chepa pelbagai benda korang boleh dapat atau beli walau pon di waktu malam.
No comments:
Post a Comment