Tuesday, 1 January 2013

Macaroni Goreng Tanpa Minyak

salam.
Menu sarapan pagi hari minggu.

Bahan-bahan A :

1 ulas bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih, dipotong dadu
200 gm daging, dipotong dadu
1 liter air
180 gm macaroni.




Cara-cara :

Masukkan semua bahan-bahan A (macaroni, daging, air, bawang putih dan bawang besar) ke dalam periuk dan rebus hingga macaroni kembang dan daging masak.  Pastikan air tak kering.  Kalu kurang air tambahkan sedikit demi sedikit.  Kalu terlebih keluarkan air bila bahan-bahan telah masak tetapi jangan buang semua takut nanti macaroni melekat kat kuali, lagi pon bila dah siap nanti nak basah-basah skit.  Perlahankan api. 
Bahan-bahan B :

3 sudu besar Sos cili
3 sudu besar Sos Tomato
3 sudu besar Kicap
1 sudu teh Garam
Sebiji Telur Ayam

Masukkan ke semua bahan B ke dalam periuk yang berisi bahan A yang telah masak (pastikan masih ada sedikit air - kalu tak macaroni akan melekat kat kuali - kita masak tak pakai minyak sebab nak kurangkan minyak dalam masakan)

Gaul rata.  Cuba rasa, mana-mana bahan B yang kurang sila sesuaikan dengan selera masing-masing.  Bila dah mesra semua dan cukup rasa, angkat dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment