Sunday, 27 January 2013

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak

salam.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Tengah telah berakhir semalam.  Jumlah LIKE dah cecah ke 4259 hari ni.  Moga kita dapat melihat peningkatan mendadak selepas berlangsungnya Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak.

Himpunan Guru Muda 1Malaysia Zon Sarawak akan diadakan di SMK Sacred Heart, Sibu pada 29 Januari 2013 hari Selasa ni. Jomsss pakat pegi ramai-ramai ke Sibu, Sarawak.


Maklumat terkini mengenai aktivti dan program gm1m boleh juga diperolehi dari blogspot gm1m, alamat blogspot gm1m : http://gm1monline.blogspot.com/ .  Blogspot ini yang telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis Himpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Zon Tengah di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam, ianya dinamakan Buletin Guru Muda atau lebih dikenali sebagai GM1M Online.

GM1M Online akan menjadi satu ruangan bagi guru muda mencurahkan pelbagai bentuk idea yang dapat dikongsikan bersama melalui media terkini iaitu internet. 

Buletin ini diusahakan oleh Sekretariat Guru Muda yang menjadi satu lagi media baru bagi golongan guru muda di seluruh negara selain dari Facebook GM1M, di mana pelbagai pihak telah menggunakan media itu untuk berbincang dan mencetuskan pendapat masing-masing secara terbuka. Kini, Buletin Guru Muda pula akan digunakan bagi memaparkan berita dan bahan mengenai kejayaan dan aktiviti guru muda.

Petikan Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia : Kita sudah pelbagaikan. Manfaatkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan rakan penggerak yang telah berjaya menghasilkan buletin ini.

Petikan dari buletin GM1M Online : GM1M Online adalah sebuah penerbitan rasmi yang diterbitkan secara online dan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Buletin ini digerakkan oleh Sekretariat Guru Muda Kebangsaan dan membuka peluang kepada semua guru muda dari segenap peringkat di seluruh negara untuk menyumbangkan bahan kepada buletin ini. Panduan mengenai penghantaran berita boleh diperolehi menerusi Facebook GM1M.


No comments:

Post a Comment