Wednesday, 30 January 2013

Ku Pujuk-pujuk Ku Bawa Lari

salam.

Hari ni terasa terpanggil untuk berkongsi cerita pasal kes-kes penipuan dan kecurian yang berlaku pada minggu lepas di sekitar kampung kami.  Ada pelbagai taktik dan muslihat yang digunakan untuk menipu dan mencuri.

Kes Pertama : Bantuan Banjir

Seorang makcik telah diragut barang kemas dan kemudiannya ditinggalkan ditepi jalan sunyi.  Kisahnya bermula bila sorang makcik telah dikunjungi oleh seorang pemuda dengan menyatakan makcik tersebut telah terpilih sebagai penerima bantuan banjir.  "Makcik jangan bagi tau sesapa makcik dapat bantuan ni sebab hanya makcik sorang yang dapat bantuan ni, esok saya datang bagi borang untuk makcik isi." pesan pemuda kepada makcik dan berlalu pergi.  makcik patuh pada janji dengan tidak memaklumkan kepada anak-anak mengenai bantuan yang bakal diterima.

tengah hari esoknya, pemuda tersebut muncul di depan rumah makcik tanpa membawa apa-apa.  "Maaf le makcik, borang basah kena hujan.  Makcik ikut je lah saya, kita pegi isi borang." kata pemuda tersebut.  Makcik pon terus membonceng motosikal pemuda tersebut menuju ke bandar pasir mas.

Bila sampai di kawasan ladang getah dan sunyi, pemuda tersebut telah berhentikan motosikalnya dan menolak makcik dari motorsikal serta merampas gelang tangan dan rantai emas yang dipakai oleh makcik.  Makcik yang terpinga-pinga ditinggalkan kesorangan di kawasan tersebut.  Dengan berbekalkan duit (nasib baik pemuda tersebut tidak merampas sama beg duit) yang ada, makcik menahan kereta dan pulang ke rumah.  Oleh itu, hati-hati ya semua dengan pelbagai helah dan taktik penipuan di dunia serba canggih nih.

No comments:

Post a Comment