Tuesday 1 January 2013

Restoran Mee Pak San

salam.

Restoran Mee Pak San Cawangan 2 ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Tendong, Tendong, Pasir Mas Kelantan di Jalan Pasir Mas - Pasir Pekan - Kota Bharu.  Berhampiran dengan simpang empat Tendong (trafik light) - persimpangan ke Bunut Susu, Kg. Sungai Tendong dan Pasir Mas.  Berhampiran juga dengan Jambatan Sultan Ismail Petra (Jambatan Tendong).

Jika perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas melalui Jalan Pasir Pekan, sebelum sampai ke Restoran Pak San di sebelah kiri terdapat SalamKu Extra Cawangan Tendong, Klinik Kesihatan Tendong dan SMK Tendong.  Di sebelah kanan pula terdapat stesen minyak, Balai Polis Tendong dan Rumah Tamu Sakinah (Sakinah Guest House).

Tidak susah hendak mencari sebab lokasinya betul-betul di tepi jalan utama.  Bersebelahan restoran juga terdapat tempat letak kereta yang luas bagi menyenangkan pengunjung.



OK sudah panjang lebar cerita pasal lokasi, mari kita cerita pula pasal makanannya.  Restoran ini menjual beraneka jenis mee (mee kuning, beehun dan char kuew tiaw).  Nasi dan lauk pauk tidak ada ya.  Apa tunggu lagi, dah sampai restoran pesanlah bermacam jenis masakan berasaskan mee.

Feveret kami pula beraneka mee rebusnya iaitu bermacam mee yang berkuah, makan panas-panas bersama cili jeruk.  emmmm memang sedap sangat.  Bila sudah datang cuba baru tahu tahap keenakannya.

Restoran Mee Pak San Cawangan 1 selepas (berhampiran) Bulatan Pasir Pekan di sebelah kiri jalan Kota Bharu - Tumpat.


1 comment: