Sunday 12 May 2013

Agar-agar Santan

salam.

Dah beberapa hari ngidam nak makan agar-agar santan yang pakai nise (gula melaka), jumaat lepas baru bekesempatan buat.

Bahan-bahan :

25 gm agar2 serbuk
1700 ml air
1 biji telor
RM2.00 santan pekat
3 keping nise (gula melaka)
garam secukup rasa

cara-cara :

1.  Masak agar-agar bersama air hingga sebati (kacau perlahan-lahan sekali sekala) dan mendidih. Kecilkan api.
2.  Patah-patahkan gula melaka dan masukkan ke dalam agar-agar bila mendidih, kacau hingga hancur.
3.  Masukkan santan pekat.
4.  Pecahkan telur dalam bekas dan kacau sedikit.
5.  Tuangkan telor ke dalam adunan.
6.  Masukkan garam secukup rasa.
7.  Kalu kurang manis tambahkan gula atau gula melaka. (sy lebih suka guna 100% nise kelate hok ori - sedap)
8.  Masukkan ke dalam acuan yang telah di basahkan.
9.  Sejukkan.
10.  Bila dah sejuk dan beku, masukkan dalam peti ais (kalu nak makan sejuk2 la).  Kalu tak nak, boleh potong dan ngap terus bila dah beku.

agar-agar ni akan jadi dua lapis, santan dan telur di atas bila dah sejuk.  Kalu nak bagi semua berlumut tanpa ada lapisan kena tambah telur atau kurangkan air dan agar-agar. emmm pandai-pandailah adjust.

boleh jugalah kalu korang nak rujuk resepi MAT GEBU, sila klik ya.



No comments:

Post a Comment