Thursday, 23 May 2013

Harga RON97 turun 20 sen

salam.

Petikan dari Berita Harian pada 23 Mei 2013 :

Kuala Lumpur: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan 20 sen seliter kepada RM2.70 sen, berkuat kuasa tengah malam kelmarin. 


Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, berkata keputusan itu dibuat berikutan penurunan harga petrol. 

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, harga RON97 diturunkan di pasaran seiring situasi semasa di peringkat global,” katanya di sini, semalam. Pertengahan tahun lalu, kerajaan menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80. 

Hashim berkata, penurunan harga petrol tidak bersubsidi itu bagaimanapun masih meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang menawarkan harga bahan api itu pada kadar rendah berbanding negara jiran. 

Beliau berkata, harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan berubah mengikut harga pasaran.

---------------------------------------------------------------------------
Ini tentunya berita baik bagi pengguna RON 97.  Majoriti guna RON 95, jadi bila RON 95 nak turun.  Ron 97 turun harga barang cam mana ??? 

*** Aku hanya pengguna setia !!!

No comments:

Post a Comment