Monday, 13 May 2013

Jepun Yang Unik

salam.

Sebut saja Jepun, pasti kita terbayangkan negara yang maju, kreatif dan tersendiri.  Jepun adalah antara ikon negara Asia yang menjadi idola.

Pertama kali menjejakkan kaki di bandaraya Tokyo sedekad yang lalu membuatkan saya kagum dengan warga Jepun.  Selalu bermain di fikiran saya "bagaimana diorang menjaga bandaraya tokyo dengan begitu bersih sekali?  Sungguh-sungguh berdisiplin sekali dalam apa jua yang diorang hadapi !!! ".

Ketika tiba di Airport Narita, saya terpesona dengan keunikkan kapal terbangnya.  Berwarna-warni dan pelbagai motif yang tidak pernah terlintas difikiran sebelum ini.  Saya terbang ke sana menaiki Japan Air Lines (JAL) dan pulang menaiki MAS.

Kami menaiki bas dan kemudianya teksi untuk sampai di tempat penginapan di Ichigaya.  Penerbangan kami tiba di awal pagi iaitu lebih kurang 7.00 pagi, kami tiba di hotel lebih kurang jam 9.00 pagi.  Check in hotel pukul 3.00 petang, jadi daripada duk melepak di hotel kami ambil keputusan meronda-ronda berpandukan peta yang ada.  Selepas menyimpan beg dan barang-barang di lobi hotel, kami ke Akihabara menaiki keretapi.

Selepas membeli tiket, kami terkial-kial tak tahu keretapi mana yang patut kami naik, penat bertanya tapi tiada siapa yang faham bahasa Inggeris !!!!  Akhirnya kami duduk tenangkan kepala, then .... baru perasan ada tulisan rumi (kecik je) yang menunjukkan arah.  ehehehehe Sampai juga kami ke Akihabara di hari pertama di bumi Jepun.  Akihabara adalah terkenal dengan bandar elektrik dan fesyen budak-budak muda yang pelik-pelik ( ini dari pengalaman kami - yang kami jupe waktu tu, may be sekarang more than that ) !!!!

Kami melepak di sekitar jalan sebab kedai-kedai belum buka walaupon masa tu jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi.  Hari minggu (Ahad) sure kedai buka lambat.  Kami menghabiskan masa sehingga jam 2.00 petang menjelajah hampir semua kedai dan melihat pelbagai pertunjukan.  Fuh penat, balik check in and mandi, lepas tu apalagi ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz.

sekadar terkenang kisah lama ...... sedekat yang lalu .......



No comments:

Post a Comment