Monday, 6 May 2013

PRU13

salam.

Hari ni dah keluar keputusan penuh PRU13.  PRU13 telah membuktikan Negeri Kelantan tercinta masih bernaung di bawah Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikasihi, manakala Dato' Seri Najib Razak kekal memegang pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Alhamdulillah.  Tahniah kepada semua yang berjaya, dan kepada yang gagal tingkatkan usaha untuk PRU14 nanti.

Kepada semua YB yang menang, pastikan anda semua menjaga kebajikan anak mukim (rakyat) masing-masing yang telah memilih dan memberi kepercayaan kepada tuan/puan.  Setiap apa yang dilakukan semada secara zahir atau tidak akan dinilai dan akan diperhitungkan semasa PRU14 nanti.  Jangan lalai dan bongkak dengan kemenangan hari ini kerana berdirinya tuan/puan dipuncak atas pilihan anak mukim.  SO AWAS !!!!! 




No comments:

Post a Comment