Wednesday 15 May 2013

Kincir Angin

salam.


Kisah 1

Kincir angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik.  Satu idea baru daripada pelajar Arizona State University di mana kincir angin di pasang di lebuhraya.  Idea ini menjimatkan penggunaan tanah di mana tanah yang kosng boleh di gunakan untuk pertanian atau pun pembangunan yang lain.  Setiap kincir angin beruapaya menjana tenaga bagi sebuah apartment yang bersaiz sedarhana walaupon hanya dengan kelajuan angin serendah 10 mph.

Kincir ini di pasang merentasi jalanraya, pergolakan angin dari kenderaan yang melalui jalan yang membantu menggerakkan kincir, dan semestinya dari gerakan itulah terhasilnya tenaga yang boleh digunakan di kawasan berdekatan.

Jika idea ini dilaksanakan disemua jalanraya, pastinya ia dapat menjana banyak tenaga di masa akan datang!!!    Source [Eco Friend]

Kisah 2
Projek kincir angin bernilai US$100,000 dijangka akan mengurangkan separuh daripada kos bil elektrik sebuah apartment menurut seorang jurucakap dari Blue Sea Development.

Projek perumahan di South Bronx telah menggunakan atau memasang 10 kincir angin di atas  bangunan apartment bagi menjana elektrik untuk kegunaan penghuni apartment lima tingkat dan Elevators serta lain-lain kegunaan bangunan apartment tersebut.   

Kisah 3

Apabila bercakap tentang turbin angin, ia akan ditempatkan di suatu tempat tinggi atau di mana terdapat ruang lapang dan berhampiran laut. Bagaimana pula jika di dalam air.

Kincir/Turbin angin laut dibina dalam air di luar pantai Orkney. Kumpulan yang menjayakan projek ini ialah Scottish Power Renewables menyatakan bahawa turbin angin di dalam air dapat menjana tenaga dengan baik dan membekalkan kuasa untuk pulau Eday.

Idea ini muncul selepas mengalami ribut. Turbin diturunkan ke dalam air untuk membuktikan bahawa ia tahan dengan keadaan cuaca yang buruk. Turbin ini boleh menjana kuasa bagi 500 buah rumah dalam satu tahun dan menjadi berita baik sebagai sumber alternatif kuasa elektrik.
Laporan mengatakan bahawa pembinaan ini perlu diselesaikan antara 2013 dan 2015, ia menawarkan alternatif baru bagi kawasan-kawasan yang mencari-cari sumber untuk menjana kuasa yang lebih.


No comments:

Post a Comment