Thursday 16 May 2013

Hari Guru 2013

salam.

16 Mei 2013 - Selamat Hari Guru kepda semua guru-guru, pensyarah, pengajar, pendakwah, tutor, kawan-kawan, sanak seudara dan sebagainya.  Tak kisahlah sama ada anda seorang guru atau tidak yang pasti anda semua telah mencurahkan ilmu-ilmu dan berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan pengetahuan sebagai bekalan kehidupan seharian.

Seorang pelajar sudah semesti belajar dengan guru tetapi guru juga belajar dari pelajar.  dari pengalaman seorang guru membimbing para pelajar, guru pastinya dapat pengetahuan tentang tingkah laku dan sifat pelajar.  Pengalaman yang dilalui bersama pelajar hanya dapat diperolehi bila wujudnya sesuatu kes atau masalah.  Dari situ guru belajar menangani masalah atau kes yang sama atau hampir sama di masa hadapan.  Perkara ini akan membantu guru menyelesaikan kes dengan lebih cepat.
Sekarang ini kita mendapat ilmu dari perkongsian rakan-rakan melalui media sosial, jadi kepada rakan-rakan media sosial SELAMAT HARI GURU juga untuk anda semua kerana anda adalah guru di 'BELAKANG TABIR".  Sentiasa mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman tanpa had masa dan sempadan.

Kepada rakan-rakan pejabat yang berkongsi dan membantu tugas-tugas harian, terima kasih dan selamat hari guru di ucapkan kerana anda juga GURU yang membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan harian di pejabat.

Bos-bos yang selalu memberi nasihat, memberi idea baru dan menegur salah silap, selamat hari guru dan terima kasih kerana anda juga guru kami kakitangan bawahan.

Tenaga pengajar yang memberi kursus, latihan, taklimat, demontrasi, teknologi update dan sebagainya juga diucapkan selamat menyambbut hari guru dan terima kasih.  Anda adalah generasi pembimbing masa depan.

No comments:

Post a Comment