Monday, 6 May 2013

UMNO vs PAS : ISLAM ???

salam.

sedikit perkongsian dari blog RIDHUAN TEE ABDULLAH


MCA ternyata semakin kurang ajar, mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir PAS dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati. Jangan sampai mahu menyindir PAS, sehingga menghina Islam.

Saya harap UMNO dapat menegur rakan parti komponen ini. Sedarkan mereka, jangan sentuh kesucian Islam. MCA boleh mengkritik PAS. Tetapi, perlu diingat, jika ada perkara yang dibawa PAS merupakan perkara asas dalam kehidupan beragama, jangan sama sekali berani mempermainkan agama wahyu ini.

Begitu juga dengan PAS, agenda hudud PAS ditolak mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, PAS sanggup berkompromi dengan mengatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. Jika begitu, bagaimana PAS mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang PAS sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR. Bolehkah negara diperintah oleh dua sistem? Sekalipun PAS berjaya dengan agenda hududnya bagaimana orang Islam yang ada dalam PRK dan DAP. Apakah mereka akan terkecuali dari hudud?


sila baca artikel penuh di Blog RIDHUAN TEE

harap perkongsian ini dapat membuat kita yang beragama ISLAM (MUSLIM) ni berfikir dan muhasabah diri.  Di manakah kita sekarang dan ke manakah arah tujuan kita yang sebenar ?  Kalau rasa kita telah tersalah arah, maka balik lah ke pangkal jalan iaitu ke jalan ALLAH.  Tidak kiralah kita berpegang pada fahaman politik mana sekali pon tapi UTAMAkanlah pada JALAN ALLAH.  Demi agama, demi Rasullullah, demi Allah yang maha Agung, ketepikan seketika politik kita, fikirkan dengan mendalam ke mana kita nak bawa AGAMA ISLAM kita di masa akan datang.  Mari lah kita sama-sama mencari jalan agar ISLAM menjadi perkara NOMBOR 1 di Malaysia bukan politik, bukan 1Malaysia tapi 1ISLAM.

Hidup kita ni pendek je ...... aku hanya insan yang sangat kerdil di bumi Allah, Malaysia tercinta dan Kelantan yang sangat dikasihi...... yang baik dari Allah, salah silap tu dari aku yang daif.



No comments:

Post a Comment