Tuesday 14 May 2013

Surau di Stadium Bayern Munich

salam.



ALHAMDULILLAH! Permintaan pemain Muslim Bayern Munich, Bilal Franck Ribery supaya sebuah surau kecil dibina di stadium keramat Bayern Munich, Allianz Arena telah diluluskan oleh kelabnya malah kelabnya itu memberikan kegembiraan yang berganda buat Ribery apabila Bayern memutuskan untuk membina surau yang lebih besar bagi memudahkan umat Islam yang datang berkunjung ke stadium dapat melakukan solat secara beramai-ramai. Di surau berkenaan nanti akan disediakan seorang imam tetap, sebuah perpustakaan islamik dan juga ada kelas mengenai islam. 

85% kos pembinaan akan ditanggung sendiri oleh kelab manakala selebihnya akan ditannggung oleh Ribery sendiri dan peminat-peminat yang turut mahu menyumbang. Berita mengenai pembinaan surau ini secara rasmi diberitahu di laman web rasmi Bayern Munich.

#RESPECT kepada bayern munich.harap2 kelab lain turut amik langkah yang sama lepas ni.mmbangn bersama Islam. Aminnn

No comments:

Post a Comment