Thursday, 9 May 2013

Gina DeJesus : Misteri Kejiranan Ariel Castro

salam.

Juan Perez, yang tinggal dua pintu dari rumah itu, katanya Castro sentiasa gembira dan menghormati orang. "Dia mendapat kepercayaan dari anak-anak dan ibu bapa. Anda hanya boleh berbuat demikian jika anda bagus," kata Perez.

Castro juga bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

Dia juga berkawan dengan bapa Gina DeJesus, salah seorang wanita yang hilang, dan pernah membantu mencari Gina selepas dia hilang, kata Khalid Samad, rakan keluarga Gina.

"Apabila kami keluar untuk mencari Gina, dia juga membantu," kata Samad, seorang aktivis masyarakat yang berada di hospital dengan DeJesus dan keluarganya pada malam Isnin. "Anda tahu, beliau adalah rakan keluarga ini."

Antony Quiros berkata beliau pernah terlihat kira-kira setahun yang lalu Castro menenangkan ibu Gina DeJesus.

Francisco Cruz, jiran Castro berkata beliau bersama dengan Castro semasa penyiasat datang mengali kawasan rumah Castro untuk yang mencari gadis-gadis yang hilang.

Castro memberitahu Cruz, "Mereka tidak akan menjumpai sesiapa di sana,"

Pegawai Cleveland berkata dari kajian rekod komunikasi polis didapati bahawa pegawai polis pergi ke rumah itu dua kali sejak tahun 2000 setelah menerima panggilan telefon yang kemudianya disahkan tidak berkaitan.

"Menurut media pelbagai panggilan kepada Polis Cleveland telah melaporkan aktiviti yang mencurigakan dan penganiayaan terhadap wanita di rumah No. 2207 Seymour adalah palsu," kata jurucakap bandar Maureen Harper dalam satu kenyataan.

Dua jiran berkata, mereka dipanggil polis ke rumah Castro pada majlis berasingan.

Elsie Cintron, yang tinggal selang tiga rumah berkata anaknya melihat seorang perempuan telanjang merangkak di belakang rumah beberapa tahun lalu dan memanggil polis. "Tetapi mereka tidak mengambil perhatian serius," katanya.


No comments:

Post a Comment