Monday 20 May 2013

IsyraqRestHouse Steambot

salam.

IsyraqRestHouse Steambot sebenornya tak tau nak letak nama apa kat masakan simple-simple yang kami masak pada hari minggu lepas.


Bahan-bahan :

  1. RM4.00 Pelbagai bebola/kek
    **Berbola/Kek ikan, Sotong, Ketam  (pelbagai perisa yang halal boleh dibeli dipasaraya samada yang dah siap bungkus atau pilih sendiri)
  2. Seikat Lobak (kailan/kangkong pon boleh)
  3. Sebunjut sup bunjut
  4. 1 1/2 inci halia
  5. 3 ulas bawang merah
  6. 3 ulas bawang putih
  7. 1 batang lobak merah (potong 4)
  8. 1 liter air (kalu nak kuah banyak tambah le)
  9. garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan air dan rempah sup bunjut, bawang merah dan putih serta halia yang telah dimayang ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, renehkan sekejab sambil tu potong bebola dan kek.
  3. Masukkan bebola dan kek ke dalam sup.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sayur lobak (yang telah dicelur dan dibuang airnya)
  6. Boleh le hidang dan makan panas-panas
  7. Kami rebuskan juga semangkuk spiral pasta (pasta pintal)
  8. Kami tak buat pedas sebab lebey utamakan anak-anak...hehehehe





No comments:

Post a Comment